Social Icons

Pages

Jumaat, 19 September 2014

SERUNDING IKAN BILIS

Assalamualaikum semua :D
Dah lama saya tak update blog ni, tah apa yang jadi sekarang nih.
Ok, harini saya nak kongsikan resepi "SERUNDING IKAN BILIS".
Bagi sapa-sapa yang malas nak masak lauk lain untuk makan malam , boleh saja try resepi ni dan makan dengan roti atau moi :D


Bahan untuk SERUNDING IKAN BILIS :-

 Sedikit cili kering (kalau yang tak mahu pedas2, kurangkan)

 5 ulas bawang merah *

 2 ulas bawang putih *

 2 batang serai *

 Sedikit halia * {Terpulang puan2, kalau letak banyak nanti masakan akan pahit }

 Sedikit kunyit hidup * {Terpulang puan2, kalau letak banyak nanti masakan akan pahit }

 Sedikit lengkuas * {Terpulang puan2, kalau letak banyak nanti masakan akan pahit }

 2-3 helai daun limau purut

 Sehelai daun kunyit (dirincik halus) 

 Secawan santan pekat

 3 sudu besar gula merah atau gula kabung atau gula pasir

 2 sudu besar kerisik

 Sedikit air asam jawa

 Garam secukup rasa

 Minyak untuk menumis

 2 cawan ikan bilis (Basuh dan blend atau tumbuk)

**Atau kalau puan2 mahu guna ikan kayu atau ikan tongkol pon boleh.....
Ayam dan daging lagi boleh...**

**Semua bahan yang kita gunakan ini bergantung kepada banyaknya yang ingin di masak....Kalau masak banyak, maka lebihkan bahan yang digunakan**








Cara membuatnya :-

Blend bahan2 yang ditanda *

Setelah dihiris kecil2 dan tumiskan

Kacau dan biarkan mereneh

Kemudian, masukkan air asam jawa , kerisik , garam , gula , santan pekat dan daun kunyit yang dirincit halus

Semua bahan2 dimasukkan serentak adalah untuk memberi rasa pada ikan bilis nanti

Setelah seenak rasa, masukkan ikan bilis yang diblend atau ditumbuk tadi

 ( Kawal api yaa puan2, kalau api terlalu kuat , nanti jadi serunding pahit atau hangit :P

Guna api kecil untuk keringkan serunding disamping kacau sentiasa untuk elakkan bahagian bawah berkerak atau hangit 

Kalau puan2 mahu serunding basah2, terpulang mengikut citarasa

Kalau puan2 pakai ikan , ayam atau daging, rebus dahulu dan carikkan kecil2 )

SEKIAN, SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan